February 9, 2007

Menyayat Hati

Berita sangat menyedihkan melanda petang hari semalam. Cik Kam telah kembali menemui Ilahi setelah bertahun-tahun beliau bertarung dengan sakit kencing manis dan macam-macam lagi.

Cik kam yang kami kenali sangat peramah dan mesra dengan keluarga kami. Beliau juga sahabat mak, jiran selorong malah sedara kepada keluarga kami.Usia beliau lebih muda dari mak, tetapi tuhan lebih menyayangi dan petang semalam ketika bersendirian menjalani rawatan darah di klinik, beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir.

Alangkah sedih nyer hati kerana baru beberapa hari lepas beliau bersama-sama kami memeriahkan majlis kenduri cukur rambut cucu kepada Cik Girah.Walaupun Cik Kam tidak mampu menolong apa-apa hanya duduk di kerusi, tetapi beliau masih ada bersama-sama jiran tetangga yang lain berbual mesra ketika yang lain sibuk membuat penyedian.

Tidak kelihatan dia nazak atau tenat, beliau pergi tanpa ada sesiapa di keliling.Ratapan anak-anak dan sesiapa yang rapat dengan beliau memenuhi ruang rumah pada petang semalam.Mak berpesan kepada anak-anak Cik Kam agar dapat menyedekahkan bacaan Yassin untuk ibu yang disayangi.

Sambil menaip coretan ini pun, air mataku bergenang.Semoga roh Cik Kam dicucuri rahmat.

AL-FATIHAH.........