September 10, 2007

Hadiah Untuk Mak & Bapak 2007

19 Ogos 2007, Ahad, Sg. Buloh.....
Alhamdulillah semua urusan perkahwinan Ayurattna&Syam berjalan dengan baik. Dari hari nikah sampai la ke Sg. Petani, semuanya berjalan dgn baik. Penat jgn citerla kan...kat Sg. Buloh gotong royong beramai2 dgn org kampung, seronok. Sedara mara pn sama membantu menjayakan majlis. Hadiah utk mak n bpk tahun ni....perkahwinan sulung anak perempuan mereka. Lepas ni kita tunggu plak siapa yg menyusul..he..he..(jgn tunggu lama2). Terima kasih sangat2 kepada semua yg terlibat, yg sama2 berusah payah menjayakan majlis ini. Allah je yg mampu membalas jasa anda semua. Kalau ada terkurang MAAF kami hulurkan.
Kepada Family tersayang, Ayu&Syam ucap berbanyak2 terima kasih atas semua usaha dan kudrat yg telah disumbangkan utk majlis ini. Kami sayang semua. Harapan ayu semoga hubungan kita sekeluarga bertambah erat dan kukuh. Buat semua adik beradik ayu, tolong jaga emak dan bapak dgn baik, jgn sakiti hati mereka.
Buat Suami tersayang En. Syam, terima la keluarga ini seperti keluarga sendiri, kekurangan atau kelemahan harap dapat bersama kita perbaiki.

Kita sama2 doa semoga kehidupan kita terus diberikan keberkatan dan rahmat dari Allah. Amin.

To be continued......Raya edition plak

No comments: