January 16, 2008

Tipu Helah Kuiz Interaktif di TV.

Baru-baru ini Harian Metro ada memaparkan isu berkenaan kiz interaktif ni..Btol juga apa yang wartawan tu katakan.Memang menipu kuiz tu. Caj yang sangat mahal.

Kite sebagai org dewasa pun juga terpedaya ngn hadiah yang lumayan.Dah tentu kite akan cuba. Rancangan Fulus Mania tu.siaran pada waktu perdana..hadiah dasat, tp biler dail guna line tetap ada suara mesin operator menjawab mengatakan anda peserta ke 20, cuba lagi. Caj telah pun dikenakan RM3..jadi setiap kali kite cuba dah kena caj..abis la duit camtu.

Serik dah takmo wat lagi keje tu.Kanak-kanak yang tak tahu apa2, akan trus cuba sbb soalan nyer sangat mudah. Rasa mcm berjudi plak,sbb kite mencuba nasib dan meletakkan sejumlah wang pada kuiz tersebut.

Keratan Metro 13 JAN 2008 :

Abu Bakar menyifatkan konsep dipaparkan program itu menjurus kepada perjudian, tidak menguji minda dan jauh sekali menambah pengetahuan dan ilmu kerana soalan dikemukakan boleh dikategorikan “soalan bodoh.”

Ibrahim Mat Yaakob, 25 dari Kajang, Selangor, pula berkata sebelum ini dia meminati satu kuiz interaktif dan kerap menyertainya, namun akhirnya menyedari program itu sebenarnya hanya merugikan serta memerangkap penonton.

“Setiap hari saya tertunggu-tunggu program ini ke udara, sama ada pagi, petang atau malam, manalah tahu mungkin boleh menang dan jadi jutawan.

“Namun, selepas berpuluh kali mencuba dan lebih RM200 wang habis untuk beli kad tambah nilai, saya kecewa kerana satu pun tidak berjaya, sedangkan soalannya sangat mudah,” katanya.

Ditanya mengenai soalan yang dikemukakan, Ibrahim berkata, ia tidak memerlukan kepakaran, sebaliknya terlalu mudah dimenangi seperti meneka wajah artis yang senang dikenali atau memberi soalan seperti, ‘Selepas Ogos bulan apa?’ atau ‘Ayam ada berapa kaki?’

Mengenai kerugiannya, Ibrahim berkata, jumlah paling tinggi untuk satu episod program itu ialah RM56 apabila dia menghantar hampir 20 khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk menjawab soalan.

“Sepanjang menyertai program itu sejak tahun lalu, saya tidak pernah nampak ada peserta menerima hadiah seperti dijanjikan, malah puluhan kali saya menyertai, tiada satu pun berjaya meskipun soalan sangat mudah,” katanya.

Menurutnya, bukan tiada pemenang seperti dijanjikan, tetapi penerbit hanya menghubungi mereka melalui telefon dan memberitahu mereka memenangi hadiah wang tunai serta pakej percutian.

“Memang mereka hubungi peserta yang menang tetapi sudah banyak kali saya sertai, hadiah paling tinggi mereka umumkan yang dimenangi peserta ialah RM50,000 bersama pakej lain.

“Namun sebenarnya, hadiah atau jumlah paling tinggi wang tunai yang saya lihat mencecah RM130,000 tetapi tiada siapa memenanginya, mungkin ia hanya helah dan tidak mustahil peserta yang menang dirancang terlebih dulu,” katanya.

Sehubungan itu, dia meminta pihak berkuasa menyiasat sama ada program itu dikendalikan secara telus atau hanya penipuan semata-mata.

Peserta lain yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 32, dari Perlis, berkata dia kerugian kira-kira RM200 untuk menyertai program seperti itu dengan setiap satu SMS dikenakan bayaran RM3.

“Saya SMS banyak kali ketika program ke udara, namun kecewa apabila tidak satupun berjaya. Lebih geram, mereka hendak peserta ke-50, saya SMS dan diberitahu ‘anda peserta ke 28.’ Bila SMS sekali lagi jawapannya, ‘anda peserta ke 25’, sepatutnya meningkat bukannya turun,” katanya.

Man turut sangsi dengan peraduan teka wajah artis kerana meskipun 90 peratus wajahnya jelas, penerbit sukar mencari pemenang.

Zulhazmi Othman, 37, dari Subang, Selangor, berkata kuiz interaktif mirip dengan penipuan kerana tiada ketelusan pemenang yang mendapat hadiah dan pemanggil yang menang tidak didedahkan identitinya.

“Ada kalanya bila saya hubungi, saya dimaklumkan pemenang ke-100 sudah ada tetapi di TV tidak diisytiharkan juga sehingga beberapa lama,” katanya.

Amin, 21, dari Manjoi, Ipoh, Perak, yang menyertai program berkenaan menggunakan SMS dan talian tetap mendakwa, ketika memberi jawapan betul ke atas soalan atau wajah yang dikemukakan, taliannya terus disekat.

=====JANGAN MUDAH TERPEDAYA============





PENTING!!!!!

Berdasarkan laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kuiz interaktif yang disiarkan oleh stesen televisyen negara ini adalah haram di sisi agama Islam.

Dalam ruangan soal jawab bertarikh 4 April tahun lalu, dinyatakan bahawa Panel Kajian Syariah Jakim pada 19 dan 20 April 2004 memutuskan, hukum peraduan SMS dan menyertainya adalah haram kerana proses peraduan SMS yang dijalankan tidak jelas dan mempunyai unsur perjudian.

No comments: