November 17, 2008

APAKAH ITU HYDROQUINONE?

Hydroquinone ialah sejenis persediaan bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hydroquinone adalah untuk membunuh melanocytes, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih.

Di Malaysia terdapat 2 jenis Hydroquinone yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan iaitu Hydroquinone 2% dan Hydroquinone 4%. Peratusan (2% atau 4%) adalah merujuk kepada kandungan hydroquinone di dalam persediaan itu. Adakalanya peratusan hydroquinone boleh mencapai sehingga 10%.

Mengikut sumber Pusat Racun Negara, syarikat kosmetik hanya dibenarkan menggunakan hydroquinone 2% sahaja. Untuk hydroquinone 4%, ia boleh digunakan dengan arahan atau preskripsi daripada doktor. Pakar kecantikan juga tidak dibenarkan menggunakan hydroquinone 4%.

1 comment:

Zima Yusoff said...

Ada yang ckp, GP Lotion from Felisa Kosmetik ada bahan ni. Tapi saya sendiri semak kandungannya pada paket produk ni..takde pun.

Skang ni rasa was-was plak nak guna.