August 9, 2009

Lost World of Tambun 2009


(1) Baru sampai (2)Muka yang dah penat main kolam.Tp tak puas2.


(1)Naik buaian besar (2)Atuk,Nyai dan Mak bee tgh enjoy naik kapal pirate


Adik dan suami, pikul aqil yg dah lena tido.

Alangkah gembiranya kami sekeluarga dapat menghabiskan masa bercuti di LWOT, Sunway City Ipoh Perak baru-baru ini. Mak,bapak, bob, aqil dan adik-adikku ceria dapat mandi kolam, main slide, naik water cruise river dan main pirate ship kat dry park. hehehehe

Aku rasa ni 1st time mak bapak naik theme park ride. Kapal besar yang swing tinggi. Berani gak diorg nih.
Trip ni mmg mencabar untuk organize, 1st time aku pegi makan angin melalui travel agency. walaupun dapat layanan yang baik semasa check in di LWOT dan Hotel di Ipoh ni. Tapi aku menghadapi waktu yang amat sukar untuk mendapatkan confirmation booking dengan travel agency ni. Staff yang handle aku ni, 'masuk air' agaknya. Dia booking hotel aku 8 Julai sedangkan aku check in 8 Aug. Aku mmg 'HANGIN' giler. Setelah ding dong sana sini, penyelesaian nyer, aku check in dengan credit card dan booking yang aku dah soh agency ni buat awal2 dulu, burn je. ..kecewa sungguh.
Kepenatan, sambil tunggu nak check in...hmm misscommunication yg tak patut jadi.
Kesian family kena menunggu kat lobby hampir 1 jam lebih. Maaf semua yer.....

Baik aku pk benda lain daripada sakit hati dengan bad treat of this agency.


Lepas check out hotel, kami trus ke Memory Lane. Jalan di Ipoh yang menjual barang2 antik dan terpakai. Kat sini bapak nak jumpa kawan baik dia sejak bujang dulu. Cik Sidek Hussin.

Apa-apa hal pun, Lost World mmg BEST.......!!!!!

No comments: