April 2, 2007

FMI'2007





Sekali lagi tahun 2007 ini Fiesta Media Idola akan berlangsung di Kuatan, Pahang. Satu acara yang menarik pernah aku sertai pada tahun lalu.


Aku menyertai pasukan Bola Jaring Karangkraf untuk tahun lepas dan juga tahun ini. Walaupun aku no longer staf karangkraf, tetapi atas kerjasama dan hubungan baik rakan-rakan lama, aku masih berpeluang ke Kuantan tahun ini.


Acara ini akan berlangsung dari 13hb - 15hb April. Satu penghargaan dari pihak Shahzan Muda, Tengku Mahkota Pahang buat para media dan artis. Berkumpul dan melakukan aktiviti sihat seperti Futsal,Bowling,Sukaneka,Bola Jaring dan Olahraga.



Fara Fauzana dari radio stesen terkenal HotFm telah dipilih sebagai duta FMI 2007.Tahniah Fara....

Secara terperincinya, akan aku sambung selepas balik dari Kuantan nanti.Kalau tahun lalu, aku pergi bersama adik (Wa), kali ini aku pergi bersama rakan sepasukan di RHBI ni (Ilah).

Excited nyer..tak sabar dah nih....ehehe JJJ

1 comment:

Ayu Yusoff said...

Kakak aku dah g FMI pagi ni.....Goodluck!! nnt tgk la perasmian FMI...