October 25, 2007

Apa itu Gastric Bypass????


Gastric bypass ni ialah satu procedur pembedahan untuk merawat obesity terlampau/morbid obesity…melibatkan dengan mengecilkan perut dan membuat jalan pintas/bypass pada usus untuk kurangkan serapan gizi makanan yang diambil... dengan harapan apabila perut dah kecil, pengambilan makanan pun sedikit sebab terasa cepat kenyang dan zat yang diambil tidak diserap sepenuhnya-tak adalah lebihan zat yang menggemukan…Ada banyak cara nak buat gastric bypass ni..ada secara pembedahan biasa…dan ada kaedah terbaru secara laparoskopy-pembedahan yang melibatkan luka sangat kecil kerana hanya gunakan probe tertentu dan band digunakan untuk ikat perut tu supaya kecil- rasanya kosmo ada siarkan article tentang kaedah ni….90% dari pada fungsi organ perut reduce.Jumlah kandungan perut jadi 15ml dari pada 1000ml.


Perlu ker tidak nak jalani pembedahan?…kena ada criteria yang ketat untuk jalani pembedahan sebegini sebab takut pembedahan sia sia….gemuk semula selepas pembedahan…antara kriterianya..


1.ni yang paling utama- mengubah cara hidup kepada cara hidup yang sihat, dengan amalkan makanan yang seimbang dan terkawal, melakukan excersise secara berkala, elakan mengambil makanan secara berlebihan..pembedahan tak akan berjaya jika masih teruskan cara hidup yang tak sihat…mungkin lepas pembedahan, kurus sekejap sahaja sebelum gemuk semula…proses berubah ni harus bermula sebelum pembedahan berterusan selamanya….biasanya tak ada Dr yang nak buat kalau pesakit tak sanggup berubah… Pesakit yang nak jalani pembedahan ni mesti sangat komited untuk jayakan nya.


2. Usaha dengan cara lain gagal.

3. Body mass index BMI > 40, atau <35>


Pembedahan gastric bypass ni pun bukanlah tak ada risiko, antara risikonya
1. risiko semasa bius- susah nak intubate/masukkan tiub pernafasan sebab biasanya leher pendek.
2. perdarahan
3. jangkitan kuman
4. darah beku di pembuluh darah vena.

Selepas dah jalani bypass ni, pesakit akan akan ada simptom seperti cirit birit, kembung dan sebu perut, loya dan muntah dan ada yang mendapat gastric pulak..risiko untuk dapat batu karang di hempedu dan kekurangan Vitamin B12 pun tinggi sebab sistem pencernaaan dah terganggu. Tapi ni masalah kecil jer…

Perlu ingat bahawa gastric bypass ni bukanlah jalan mudah untuk cepat kurus,biasanya berat badan turun mendadak untuk beberapa bulan yang pertama tapi berat badan hanya stabil dalam 18-24 bulan seterusnya..tu pun kalau diet dan exercise di teruskan. Kos rawatan tu.., seperti biasa murah kat hospital kerajaan tapi masa menunggu tu lamaaaaa sangat…

Kesan ketara pada kulit kalau kurus cepat sgt...
Menggeleberrrr!


No comments: