February 25, 2008

Hari Keluarga 2008


Seronok yang tak terhingga setelah 2 hari berkampung di pantai Port Dickson di BJaya Family Banglow.

23hb Feb:
Seluruh keluarga sampai di banglo pada pukul 12pm, kami trus check in. Wa sebagai ajk pendaftaran dah memulakan tugas memberi no.cabutan bertuah kepada setiap ahli keluarga dan menerima hadiah untuk acara pertukaran hadiah nanti.

Setelah siap setup barang2, kami sekeluarga berangkat ke tepi pantai untuk makan tgh hari. Sempat juga berendam di laut sekejap..melayan karenah bob dan lan.

Selesai sembahyang zuhur berjemaah, kami membantu AJK sukan (Ayu dan Syam) menyediakan alat2 sukaneka. 50 biji belon kami isikan air, abg dan syam sibuk membuat track dan pancang..affandi dan affiq pun tolong sama.

Kat dapur, mak dan kak da sibuk masak untuk makan malam. Begitu juga mak intan dan keluarga, menyumbang untuk minum petang...mee goreng, air teh dan air oren.Sedap...(kami adik beradik sempat layan karaoke, abg bwk lan dan bob main laut lagi)

Selepas solat berjemaah asar oleh imam kita, pak man.Wa membuat pengumuman untuk semua ahli keluarga bersedia.Tak sangka, semua nyer lengkap dengan pakaian sukan.hehehe..cayalah.



Bermula dengan acara kanak-kanak tiup tepung, abis putih berdebu.Kemudian boling kelapa oleh veteran lelaki, hebat sungguh pakcik2 nih.Pak din menang acara ni. Ibu2 pun berlari juga, nak mengayam ketupat.Menggigil tangan mak,hehe biasala tgh berlumba.Tapi juara mak intan, dia siap 3 biji ketupat.Hebat diorg ni.Pasukan sorak jg tak dilupakan, mmg happening.





Acara remaja, paling seronok. Baling belon air, habis semua basah kena belon yang pecah.Paus biru pandai menukar strategi, meletakkan kak rini didepan, ahli ikan merah yang selim melim memang bergaya, bawal hitam mmg mengerunkan semua dan selar kuning membolot semua acara.Tahniah kepada semua yang menjayakan.



Acara kemuncak adalah mumia.Pak din, Ucu, Pak Man dan bapak jadi mummy ptg tu.mmg best.diorg kena balut dengan 5 gulung tisu.Pengadil acara,Syam, telah mengumumkan bahawa keluarga ucu menang acara istimewa ini.pandai betol kak rini dan pandi lilit kemas2 tisu itu.



Alhamdullillah, sukaneka tamat awal, dan kami sempat menjamu selera minum ptg yg telah ditaja oleh mak intan sekeluarga.Penat dan kenyang..heheh

Maghrib berjemaah dan tahlil.Selepas solat isya', mam sebagai pengacara majlis malam itu telah memulakan acara. Sambil menikmati suasana malam, kami berkumpul dan ucu selaku ketua projek telah memberi ucapan ringkas.Bacaan doa oleh pak man. Apa lagi yang ditunggu, makan time...

Mam telah memulakan acara penyampaian hadiah sukenekan dan cabutan no.bertuah. Terpancar wajah gembira di setiap ahli keluarga.Walaupun kami letih bersukan, tetapi makan malam acara yang meriah.Ada barbeque dan satay.Izul, razif, pandi, afiq dan roni mengendalikan dapur pembakar.Bapak pun tak melepaskan peluang, tunjuk skill bakar satay.heheh.Kak da sungguh bertuah, dia menang Grand Prize lucky draw.



Paling gempak, ada acara surprise utk birthday people.Kami telah plan acara ini dengan mengadakan games untuk pak din, razif, ucu, mam, wa dan syam.SURPRISE....!!!!!! Keluarga ucu juga ada sediakan games untuk semua.Carta ahli keluarga yang lengkap..susah oooooh. Mak enon dengan ikhlas telah menyediakan hadiah khas bagi Ucu sempena perintis ketua projek pada tahun ini.



Selepas acara pertukaran hadiah, majlis bersurai.Masing2 berehat.

24hb Feb:
Solat subuh berjemaah.Mak enon membantu kak da menyediakan sarapan pagi untuk kami semua.Semua bergerak ke pantai, mandi manda dan berehat.Ucu belanja aiskrim..heee.

Jam 1130am, bersiap2 untuk check out. Selesai group photo, masing2 bergerak ke destinasi. Seronok dan terharu yang tidak terhingga.

We share this hapiness together.

Thank you.

4 comments:

Anonymous said...

WE SHARE THIS HAPPINESS TOGETHER... :D

Anonymous said...

Rasa tak sabar nak tgu tahun depan nyer event...best gilerrrr

Ayu Yusoff said...

biar la sampai sebulan pn..selagi blom ada juara keseluruhan yang baru...SELAR KUNING tetap JUARA!!! har..har..har....

Anonymous said...

best la family ko rattna.....sporting giler...
btw bile nak add-in one more member dalam family awak?/huhuhu