March 17, 2008

Lu Pikir La Sendiri............


Pada Gelanggang Akhir Raja Lawak Astro sebentar tadi, Nabil telah mendapat undian tertinggi sekaligus ditabalkan sebagai Raja Lawak Astro untuk musim yang kedua sekaligus membawa pulang Hadiah Utama - Kereta Nissan Latio Sedan 1.8 Auto Premium sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, pakej Percutian dan Wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi bersadur emas sumbangan Astro

Mendapat tempat kedua adalah peserta berkumpulan Cham, yang dianggotai oleh Muhammad Nizamudin Bin Ahmad ( Along) dan Asrul Zaidi B Jamaludin (Azrul) yang turut membawa pulang pakej percutian, trofi bersadur perak, wang tunai berjumlah RM 8,000 sumbangan Astro manakala kumpulan XN3 yang dianggotai oleh Mohd Fadhil B Mohd Nasir (Anu) dan Nor Azhar B Buyong (Pak Cu) terpaksa berpuas hati dengan tempat ketiga yang membawa pulang pakej percutian, trofi bersadur perak danwang tunai berjumlah RM 5,000 sumbangan Astro.

Nabil:

Saya bersyukur kepada Allah kerana memberi rezeki untuk saya menjadi juara Raja Lawak Astro musim yang kedua. Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendorong saya menyertai ujibakat, ibu bapa dan keluarga yang menyokong, tenaga kerja Astro dan semestinya para pengundi yang mengundi dan menyokong saya. Saya bermula dengan 0 (sifar), tanpa sebarang pengalaman dalam bidang hiburan. Tetapi, saya tidak akan menoleh kebelakang dan berjanji akan melakukan yang terbaik dalam industri ini, demi semua orang yang menyokong saya.


Cham:

Kami tidak sangka akan berada di tahap ini. Kami sudah mula bertapak dalam industri ini tetapi Raja Lawak Astro telah melonjakkan nama kami. kami akan terus berjuang dalam industri ini, dan menggunakan peluang ini sebaik mungkin.


XN3:

Kami bersyukur kerana dapat berada di kelompok 3 terbaik di Gelanggang Akhir - sesuatu yang tidak pernah kami impikan. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu dan memberi sokongan. Sebenarnya, kesemua rakan kami yang tidak membuat persembahan pada malam ini juga terbaik dan juara di hati kami.


Petikan daripada http://www.astro.com.my/




Extra....

3 comments:

Zima Yusoff said...

Pengacara yg happening...suker sgt tgk 'JOZAN'....

Ayu Yusoff said...

i like zizan.....tp baguskan....amik pengacara jer buat persembahan..tak yah jemput org lain....

Zima Yusoff said...

Pengacara je dah cukup gamat ketawa...puas hati btol tgk raja lawak musim kali ni.