February 5, 2009

Info Sihat : Kayap

Kayap atau lebih dikenali dengan nama shingles adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan varicella-zoster virus, atau VSZ. ini adalh virus yang sama yang menyebabkan chickenpox sewaktu kecil. ia duduk diam dekat pangkal saraf dan bila reaktif semula dipanggil kayap @ shingles.

setakat ini tidak diketahui lagi kenapa virus chickenpox tu jadi reaktif pada sesetengah orang sahaja. cuma ade pendapat mengatakan ia reaktif semula disebabkan oleh stress, lemah-lemah badan, radiasi, kecederaan pada kulit atau kanser.

pada mulanya pesakit akan alami sakit yang teramat sangat terutama apabila disentuh pada kulit tersebut. kulit akan rasa gatal, geli-geli, rasa panas macam terbakar atau macam kena renjat elektrik. maaf ana susah nak describe "kesakitan" kayap ni.

selepas 1-3 hari dapat simptom tu, merah-merah akan muncul pada kulit. kemudian jadi macam bernanah dan biasanya kayap ni horizontal distribution, not vertical. kemudian blister boleh pecah dan jadi parut.

rawatannya adalah antiviral medications yang efefctive apabila diberi pada awal simptom. jadi jika antum mengalami simptom kayap, maka lekaslah berjumpa doktor. kesan buruk kayap ni jika ia berlaku pada hidung & tepi mata. ia boleh menyebabkan mata jadi rosak.

nasihat jika terkena kayap:-

1)lekaslah berjumpa doktor dan jangan tunggu bila dah merebak baru nak dapatkan rawatan. kayap disebabkan oleh virus dan tidak akan sembuh dengan perubatan bomoh.

2)jangan garu pada kayap tu, nanti boleh dapat jangkitan kuman pulak. doktor akan bagi ubat antihistamine untuk hilangkan gatal tu.

3)selalulah basuh bahagian kayap tu dengan sabun dan air untuk pastikan kayap tu bersih daripada contamination.

4)pakai pakaian yang longgar untuk kurangkan kesakitan akibat pergeseran dengan baju yang ketat.

5)elakkan direct contact dengan mereka yang tak pernah kena chickenpox dan mereka yang sistem imunnya rendah, ditakuti mereka pun boleh terjangkit.

- Artikel Sumbangan (- al-fakir ila Rabbihi - )

No comments: